Friday, December 25, 2020
Wednesday, December 23, 2020
LEMBARAN KERJA MT
MEMBILANG
Pengenalan
- Objektif membilang ialah untuk mengetahui 'berapa banyak' (bilangan) sesuatu kumpulan, benda, objek/kejadian.
- 2 cara membilang yang sering dilakukan oleh kanak-kanak :
1. Membilang secara menghafal : tanpa memikirkan tentang jumlah benda yang dibilang.
2. Membilang secara rasional : mengutamakan bilangan/nombor benda yang dibilang.
Definisi membilang
- Membilang adalah proses dimana kanak-kanak menyebut nilai nombor dengan nama.
- Kanak-kanak lebih memahami kaedah dengan menggunakan bahan konkrit @ maujud dalam pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran
- Kebolehan membilang bergantung kepada beberapa kemahiran iaitu :
1. Menyatakan urutan nama nombor :satu,dua,tiga,empat .... iaitu setiap nama nombor kardinal.
2. Memadankan nama nombor/angka dengan objek secara satu dengan satu.
3. Mengetahui nombor terakhir disebut adalah nilai himpunan objek yang dibilang.
Membilang terus |
Membilang secara menurun |
Membilang gandaan 2 |
SERIASI
Pengenalan
- Seriasi ialah kemampuan menyusun satu-satu objek mengikut susunan berat atau panjang secara urutan.
- Susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas.
- Perbandingan adalah konsep asas seriasi : melibatkan aktiviti membandingkan iaitu lebih daripada dua objek & seterusnya menempatkan objek2 itu dalam satu urutan kecil-besar dari mula hingga akhir.
- Bertujuan untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain/konsep matematik yang lain.
- Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.
Seriasi
- Kanak-kanak akan diajar untuk memilih dan menyusun objek2 mengikut ciri warna.
- Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri bentuk
- Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri saiz.
- Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut kuantiti.
Objektif
- Memastikan kanak-kanak dapat menyusun mengikut urutan yang betul.- Kebolehan menyusun dan membuat seriasi adalah mengikut perkembangan konservasi dan mengelas.
CONTOH AKTIVITI SERIASI
Menyusun botol |
Menyusun kabus |
Monday, December 21, 2020
MASA
Definisi Masa
- Satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
- Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi.
Pdp mengenai masa tertumpu kepada 2 aspek iaitu:
- Konsep masa, termasuk kefahaman tentang urutan aktiviti, kejadian yang berlaku, waktu dan tempoh.
- Cara-cara membaca waktu dan menyebut waktu seperti waktu solat.
-Kanak-kanak perlu kuasai bahasa masa dari segi matematik : contohnya, perbezaan masa, tempoh dan waktu
Masa boleh diukur dengan 2 cara:
- Tempoh masa
- Waktu ia berlaku
Cara ukur masa :
- Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir.
- Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun.
Wednesday, December 16, 2020
MENGENAL OBJEK
MENGENAL OBJEK
1. Memahami kemahiran fizikal,sosial dan intelektual kanak-kanak berkembang secara serentak.
2. Kanak-kanak mengenali dan menamakan objek yang dilihat atau dipegang.
3. Kanak-kanak bermain dengan alat yang pelbagai warna,saiz, bentuk dan mempelajari ciri-ciri matematik seperti mengatur, menyusun dan menyimpan alat2.
4. Menamakan objek mengikut warna, saiz,bentuk dan jenis.
WARNA
- Memperkenalkan kepada kanak-kanak pelbagai jenis warna (warna asas)
- Jenis warna dapat mempengaruhi dalam setiap pembelajaran yang berlaku.
- Warna yang lebih terang/cerah akan lebih menarik minat dan juga perhatian terhadap kanak-kanak.
warna |
BENTUK
- Memperkenalkan bentuk yang berada di persekitaraan
- Kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan jenis bentuk.
bentuk-bentuk asas |
konkrit
Monday, December 14, 2020
PENGENALAN MATEMATIK AWAL KANAK KANAK
- Menurut Nor Azlan (1987), kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian.
- Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit/objek yang mengandungi kuantiti & kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.
- Bidang matematik terletak di bawah Tunjang Sains & Teknologi (Awal sains dan awal matematik)
- Merangkumi beberapa konsep iaitu;
- Pranombor - Memadan objek 1:1, membandingkan kuantiti objek, membuat seriasi mengikut satu ciri dan mengecam corak berulang dan membina pola.
- Nombor - Konsep nombor – memahami nombor 1-10 (menyebut, membilang dan menulis), mengetahui sifar, memahami 10-20 (menyebut, membilang dan menulis), memahami siri 20, 30, 40 dan 50.
- Operasi nombor yang mudah - Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10 dan memahami operasi tolak dalam lingkungan 10.
- Waktu - Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian.
- Nilai dan wang - Mengecam duit yang berlainan nilai
- Bentuk dan ruang - Mengetahui kedudukan objek dalam ruang (depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam, kiri, kanan).
- Pembinaan - Membina penghubung antara dua objek, membina lingkungan, membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti sendiri.
Objektif pendidikan matematik
- Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), objektifnya seperti berikut;
- Mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak.
- Memberi peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik.
- Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol.
- Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor
Wednesday, December 9, 2020
TEORI - TEORI SAINS
- Skema - Proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus.
- Asimilasi - Menambah maklumat baru ke dalam skema yang sedia ada tanpa ubahsuai
- Akomodasi - Menyesuaikan diri, mengubah dan memahami maklumat baru mengikut skema.
- Adaptasi - Menyumbang proses penyerapan dan pengubahsuai.
4 Peringkat Perkembangan Kognitif.
Monday, December 7, 2020
KEMAHIRAN PROSES SAINS
- Setiap proses sains adalah tingkah laku yang dapat dipelajari dan dikuasai oleh kanak - kanak.
- Setiap proses melibatkan kemahiran intelek, spesifik dan boleh digunakan bagi memahami fenomena.
- Proses sains dan menyumbang ke arah pembangunan pemikiran rasional.
- Guru perlu sentiasa bertanya soalan berhubung objek, organisma dan fenomena dalam alam sekitar dan menggalakan kanak-kanak mencari jawapan melalui pemerhatian dan penyiasatan.
- Rancang dan laksanakan eksperimen ringkas untuk kanak-kanak lebih mudah mencari jawapan dan persoalan kanak-kanak.
- Guru boleh menggunakan alat-alat dan radas yang mudah bagi mengumpul data dan memanfaatkan sepenuhnya lima deria tersebut.
3. Membilang.
4. Membuat inferens.
5. Ramalan.
6. Komunikasi
- Permainan air.
- Permainan pasir.
- Aktiviti yang melibatkan bahan-bahan sentuhan.
- Aktiviti pendengran.
- Manik-manik yang berwarna.
- Aktiviti rasa.
- Aktiviti bau.
Wednesday, December 2, 2020
PENDEKATAN DAN STRATEGI SAINS
Pendekatan & Strategi Sains
- Mencari pendekatan dan strategi yang mudah dan sesuai seperti; -
- Menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai.
- Mengalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanyakan soalan dan menyelesaikan masalah.
- Membenarkan kanak-kanak mengubahsuai dan membuat perkaitan.
- Pelbagai pendekatan dan strategi sains awal penting bagi mencapai pembelajaran terancang, menyeluruh dan menarik minat kanak-kanak.
JENIS PENDEKATAN
-
Menanyakan soalan.
-
Meneroka dan menyiasat.
-
Menggunakan alat dan deria mengumpul maklumat.
-
Membuat penjelasan.
- Menunjukkan hasil pembelajaran dalam bentuk tulisan, binaan, lukisan, lakonan dan bercerita.
a) INKUARI SAINTIFIK
Ø Kanak-kanak menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan kemahiran proses dalam membina secara aktif.
Ø
Inkuari saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran
proses bagi membina kefahaman berhubungan pengetahuan sains secara aktif.
Ø Penemuaan berlaku
berlaku apabila seseorang menggunakan proses mental.
Ø Proses mental adalah seperti; -
-
Membuat pemerhatian.
-
Pengelasan.
-
Mengukuran.
-
Meramal.
-
Menerangkan.
- Membuat inferens.
Ø Pembelajaran inkuari penemuaan adalah pendekatan penerokaan.
2) 2. PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS.
Ø Fahaman
konstruktivis adalah pengetahuan yang tidak dapat dipindahkan ke minda secara
terus tetapi kanak-kanak membina makna daripada perkataan mahupun imej visual
yang mereka lihat atau dengar.
Ø Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada ataupuan pengalaman lepas.
Langkah-langkah pembelajaran konstruktivis
1.
Mengenal pasti, pandangan dan minat belajar.
2.
Memberi respon dan interaksi.
3.
Merangsang pelajar dengan cara menggalakkan keativiti
melalui aktiviti.
4.
Refleksi atau kendiri.
5.
Penilaian pelajar dengan cara mengesan perubahan idea,
pemindahan dan perkaitan.
6. Mengurus perbincangan kumpulan kecil.
3)3. PENEROKAAN
Ø Kanak-kanak mula penerokaan dengan menggunakan pencerapan yang mencetuskan tekaan saintifik dan membuat ramalan seterusnya merekod pemerhatian.
Ø Penerokaan saintifik mengalakkan perkembangan penyelesaian masalah, mengenal pasti kesan / akibat serta Menyusun dan mengelas maklumat.
4)4. EKSPERIMEN
Ø Eksperimen sering
dikaitkan dengan proses menjalankan kajian atau penyiasatan tentang satu
fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.
Ø Eksperimen juga adalah merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis mengumpul data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan.
Ø Eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran koloboratif.
5)5. PEMERHATIAN.
Ø Pemerhatian kanak-kanak memberi kegembiraan dan inspirasi (Chenfeld, 1995).
Ø Pemerhatian juga menggunakan semua atau banyak mungkin deria seperti;
-
Deria penglihatan.
-
Deria sentuhan.
-
Deria rasa.
-
Deria pendengaran.
-
Deria bau.
Aplikasi Belajar ICT Awal Kanak-Kanak
APLIKASI BELAJAR 1) Aplikasi ABC Kids - Aplikasi pendidikan awal yang berwarna-warni yang membantu kanak-kanak mempelajari abjad Inggeris....