ICT Awal Kanak-Kanak

 PENGENALAN TEKNOLOGI MALUMAT DAN KOMUNIKASI

 

TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI (TMK)

·  Pengertian paling asas teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ialah semua jenis teknologi yang digunakan untuk memproses, mengolah, menyimpan, mempersembahkan dan memindahkan data atau maklumat dalam bentuk elektronik.

 

MAKSUD PENGGUNAAN TMK DALAM PROSES P&P

· Penggunaan TMK dalam p&p bermaksud menggunakan TMK secara befikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p.


ALAT YANG DIGUNAKAN



Kamera digital







Komputer dan laptop





Lcd





Pemain dvd





Radio






Telefon pintar




Televisyen










PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Pendekatan ini digunakan untuk:

  • membantu proses pengajaran dan pembelajaran
  • memperolehi maklumat
  • berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan rakan sebaya
  • memperkayakan pengalaman pembelajaran
- Petikan daripada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan


KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

  • dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran dalam proses p&p
  • proses p&p akan lebih menarik dan berkesan
  • mempelbagaikan proses p&p dan bukan hanya tertumpu pada pembelajaran sahaja
  • kanak-kanak akan menguasai teknologi-teknologi terkini
  • kanak-kanak dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet

TMK SEBAGAI ALAT RANGSANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • penggunaan komputer sebagai alat rangsangan p&p di dalam kelas adalah suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak
  • penggunaan komputer dalam proses p&p juga sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kini bagi melahirkan generasi celik komputer
  • melalui komputer, kanak-kanak  mendapat pelbagai pengalaman dengan meneroka dan belajar melalui pelbagai perisian yang terdapat di pasaran masa kini

KAJIAN CLEMENTS (1987) SERTA HOUGH DAN ELIS (1997) 

Kajian ini menunjukkan bahawa melalui komputer, kanak-kanak dapat:

  • menulis dan menghasilkan sesuatu yang kreatif
  • kepuasan dan keyakinan dengan tulisan mereka kerana teks mereka 
  • kemudahan untuk menyemak hasil kerja mereka
  • meneruskan sesuatu kerja kerana mereka tahu bahawa mereka akan diberitahu cara untuk meneruskan kerja

CONTOH: MENGGUNAKAN KOMPUTER DAN PERISIAN MICROSOFT WORD

  • Menghasilkan sesuatu daripada pelbagai bentuk








ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK






PENDEKATAN PENGAJARAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Membantu proses p&p
  • Memperoleh maklumat
  • Berinteraksi dengan bahan bagi pembelajaran sendiri mahupun sesama rakan sebaya 
  • Memperkayakan pengalaman pembelajaran
  • komputer adalah bahan bantu mengajar yang boleh dipelbagaikan penggunaannya

PENGGUNAAN KOMPUTER DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

  • Kanak-kanak boleh didedahkan kepada komputer dari kecil lagi
  • Terdapat bukti penyelidikan yang menunjukkan kanak-kanak berumur dua tahun boleh mula didedahkan kepada komputer (Rohani, Sin, Cheah & Rosazizi, 2003; Webb dan Rowe, 1995)
  • Menurut Dodge dan Colker (1998), penggunaan komputer di kalangan kanak-kanak berkembang dalam mengikut peringkat: 
  1. Permainan berfungsi
  2. Permainan sebab musabab
  3. Permainan berperaturan

PERMAINAN BERFUNGSI

  • Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan banyak bantuan orang dewasa ketika menggunakan komputer
  • Kanak-kanak meneroka, menguji dan mengenal ciri-ciri yang terdapat pada komputer 
  • Ketika berdepan dengan komputer, mereka akan tertarik dengan apa yang berlaku apabila mereka membuat sesuatu pada komputer
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh diajar berkenaan; bahagian komputer serta cara menggunakan komputer. Selain itu, mereka hendaklah diajar cara menggunakan komputer dengan betul dan selamat. Mereka boleh diajar ;
  1. Bersabar menunggu ketika membuka komputer, sehingga komputer sedia untuk digunakan
  2. Cara memegang disket ataupun CD
  3. Cara menyimpan disket ataupun CD supaya tidak rosak

PERMAINAN SEBAB MUSABAB

  • Pada peringkat permainan sebab-musabab, kanak-kanak semakin kreatif dan banyak berfikir ketika menggunakan komputer. 
  • Misalnya, apabila mereka hidupkan komputer, komputer akan mula dengan mengeluarkan pelbagai bunyi dan lampu, apabila mereka tekan papan kekunci komputer ataupun klik tetikus, sesuatu akan terpapar di skrin monitor.
  •  Pada peringkat ini, mereka boleh didedahkan kepada perisian yang dapat membantu mereka mengoperasi program.

PERMAINAN BERPERATURAN 

  • Pada peringkat permainan berperaturan, kanak-kanak sudah mahir mengawal fungsi bahagian komputer. 
  • Mereka juga dapat mengikut arahan, bertindak balas dan menyesuaikan penggunaan komputer mengikut keperluan perisian. 
  • Pada peringkat ini, mereka dapat menggunakan komputer sebagai alat permainan ataupun sumber maklumat. 

KESAN ICT TERHADAP KANAK-KANAK


KEBAIKAN & KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT
 DALAM
 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK






KEBAIKAN:- 

  • Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan contoh dengan menggunakan alatan seperti komputer riba, powerpoint, video, flash, visual dan kanak-kanak hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Mempelbagaikan proses pengajaran dan tidak hanya tertumpu kepada teknik perkuliahan sahaja. Selain itu, dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
  • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua kanak-kanak yang pelbagai keupayaan.
  • Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu kanak-kanak untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, kanak-kanak dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang boleh mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.

KEBURUKAN:- 

  • Perkembangan kanak-kanak tidak dapt berkembangan kerana hanya duduk bermain komputer dalam tempoh waktu yang lama.
  • Kanak-kanak dapat mengetahui sesuatu perkara yang melangkaui batas umur mereka.
  • Kanak-kanak akan menjadi malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi penbelajaran



      No comments:

      Post a Comment

      Aplikasi Belajar ICT Awal Kanak-Kanak

        APLIKASI BELAJAR 1) Aplikasi ABC Kids - Aplikasi pendidikan awal yang berwarna-warni yang membantu kanak-kanak mempelajari abjad Inggeris....