Sains Awal Kanak-Kanak

PENGENALAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

Pengertian Sains

Mengikut Abrusco (1982), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semulajadi. Sains juga merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. 

    Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat mengalakkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat inferens. Dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa, kanak-kanak mampu memahami dan menggunakan taakulan saintifik yang merangkumi perancangan, membuat ramalan, memerhati dan menyediakan laporan.

Tujuan Pendidikan Sains
  • membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak
  • memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat 
  • membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penaakulan
  • membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni


Kepentingan Pendidikan Awal Sains Kanak-kanak
  • Proses Pendidikan Awal Sains kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi. Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman konflik.
  • Menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak (Harlan,1992). Sains melibatkan pelbagai proses
  • Mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan merekod disamping meningkatkan kosa kata
  • Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelas
  • Mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi di mana proses sains dapat mengalakkan interaksi, bekerja dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri. Contohnya, semasa membuat eksperimen
  • Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronokkan



Pendekatan & Strategi Sains

  • Mencari pendekatan dan strategi yang mudah dan sesuai seperti; -
  • Menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai.
  • Mengalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanyakan soalan dan    menyelesaikan masalah.
  • Membenarkan kanak-kanak mengubahsuai dan membuat perkaitan.
  • Pelbagai pendekatan dan strategi sains awal penting bagi mencapai pembelajaran terancang, menyeluruh dan menarik minat kanak-kanak.

 

 

JENIS PENDEKATAN

 



 1INKUARI – secara umumnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat satu fenomena yang berlaku disekeliling. Selain itu, kanak-kanak mempelajari kemahiran inkuari sains seperti;

 

-          Menanyakan soalan.

-          Meneroka dan menyiasat.

-          Menggunakan alat dan deria mengumpul maklumat.

-          Membuat penjelasan.

-          Menunjukkan hasil pembelajaran dalam bentuk tulisan, binaan, lukisan,            lakonan dan bercerita.





a)      INKUARI SAINTIFIK

 

Ø  Kanak-kanak menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan kemahiran proses dalam membina secara aktif.

 

Ø  Inkuari saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses bagi membina kefahaman berhubungan pengetahuan sains secara aktif.

 b)     INKUARI PENEMUAAN

 

Ø  Penemuaan berlaku berlaku apabila seseorang menggunakan proses mental.

 

Ø  Proses mental adalah seperti; -

 

-          Membuat pemerhatian.

-          Pengelasan.

-          Mengukuran.

-          Meramal.

-          Menerangkan.

-          Membuat inferens.

 

Ø  Pembelajaran inkuari penemuaan adalah pendekatan penerokaan.

 

2) 2. PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS

 

Ø  Fahaman konstruktivis adalah pengetahuan yang tidak dapat dipindahkan ke minda secara terus tetapi kanak-kanak membina makna daripada perkataan mahupun imej visual yang mereka lihat atau dengar.

 

Ø  Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada ataupuan pengalaman lepas.

 

Langkah-langkah pembelajaran konstruktivis

1.      Mengenal pasti, pandangn dan minat belajar.

2.      Memberi respon dan interaksi.

3.      Merangsang pelajar dengan cara menggalakkan keativiti melalui aktiviti.

4.      Refleksi atau kendiri.

5.      Penilaian pelajar dengan cara mengesan perubahan idea, pemindahan dan          perkaitan.

6.      Mengurus perbincangan kumpulan kecil.

 

3)3.  PENEROKAAN

 

Ø  Kanak-kanak mula penerokaan dengan menggunakan pencerapan yang mencetuskan tekaan saintifik dan membuat ramalan seterusnya merekod pemerhatian.

 

Ø  Penerokaan saintifik mengalakkan perkembangan penyelesaian masalah, mengenal pasti kesan / akibat serta Menyusun dan mengelas maklumat.

 

 

4)4.  EKSPERIMEN

 

Ø  Eksperimen sering dikaitkan dengan proses menjalankan kajian atau penyiasatan tentang satu fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.

 

Ø  Eksperimen juga adalah merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis mengumpul data sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan.

 

Ø  Eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran koloboratif.

 

 

5)5. Pemerhatian

 

Ø  Pemerhatian kanak-kanak memberi kegembiraan dan inspirasi (Chenfeld, 1995).

 

Ø  Pemerhatian juga menggunakan semua atau banyak mungkin deria seperti;

 

-          Deria penglihatan.

-          Deria sentuhan.

-          Deria rasa.

-          Deria pendengaran.

-          Deria bau.



KEMAHIRAN PROSES SAINS 



        Konsep adalah blok binaan pengetahuan. Konsep bermula dari peringkat bayi iaitu bayi melihat, menyentuh, merasa, menghidu dan mendengar. Bayi meneroka alam sekitar melalui deria mereka. Mereka berminat mengetahui sesuatu yang berhubung dengan persekitaran mereka. Kemahiran proses sains meliputi kaedah atau cara mencari penerangan yang rasional berhubung fenomena alam semula jadi. Proses sains mengikut Gagne (1937) proses sains adalah asas sains inkuiri saintifik. Keupayaan menggunakan setiap proses sains bergantung kepada kemampuan menguasai kemahiran proses sains yang lebih mudah.

CIRI-CIRI  UTAMA BAGI PROSES SAINS.
  • Setiap proses sains adalah tingkah laku yang dapat dipelajari dan dikuasai oleh kanak - kanak.
  • Setiap proses melibatkan kemahiran intelek, spesifik dan boleh digunakan bagi memahami fenomena.
  • Proses sains dan menyumbang ke arah pembangunan pemikiran rasional.
         Kemahiran proses sains membantu kanak - kanak memproses maklumat baru melalui pengalaman konkit. Antara strategi yang dicadangkan oleh National Science Education Stardards (Lind, 200) bagi melibatkan kanak - kanak secara aktif dalam pencarian pengetahuan; - 

  • Guru perlu sentiasa bertanya soalan berhubung objek, organisma dan fenomena dalam alam sekitar dan menggalakan kanak-kanak mencari jawapan melalui pemerhatian dan penyiasatan.
  • Rancang dan laksanakan eksperimen ringkas untuk kanak-kanak lebih mudah mencari jawapan dan persoalan kanak-kanak.
  • Guru boleh menggunakan alat-alat dan radas yang mudah bagi mengumpul data dan memanfaatkan sepenuhnya lima deria tersebut.


Kemahiran-kemahiran yang disenaraikan dalam aspek perkembangan kognitif kokurikulum prasekolah yang relevan.

Kemahiran proses sains; -

                1. Memerhati.
                2. Mengelas.
                3. Membilang.
                4. Membuat inferens.
                5. Ramalan.
                6. Komunikasi

Kemahiran proses sains dapat dikembangkan melalui pelbagai aktiviti antaranya ialah;
  • Permainan air.
  • Permainan pasir.
  • Aktiviti yang melibatkan bahan-bahan sentuhan.
  • Aktiviti pendengran.
  • Manik-manik yang berwarna.
  • Aktiviti rasa.
  • Aktiviti bau.

TEORI-TEORI SAINS

Teori-teori Pembelajaran.

Fahaman Kontruktivis.

Pengetahuan tidak dapat dipindahkan ke dalam minda kanak-kanak secara total tetapi dapat kanak-kanak membina makna daripada perkataan ataupun imej visual yang kanak-kanak    lihat ataupun dengar. Pembelajaran ini juga sangat bergantung pada perkaitan yang sedia    ada ataupun pengalaman yang lepas.

Teori- teori Pembelajaran Kontruktivis

Vygotsky - Teori Perkembangan Sosial








Lev Vygotsky (1896 - 1934) 
adalah seorang ahli psikologi berbangsa Rusia dan bidang beliay adalah dalam kesusasteraan dan bahasa. Idea-idea beliau terutama sekali berkenaan pembelajaran dalam konteks sosial lewat diterima oleh ahli-ahli psikologi Barat kerana karyanya dalam bahasa Rusia menghadapi masalah alih bahasa. Oleh itu, teori ini tidak dapat disebarkan lebih awal lagi. Selain itu, pengaruh beliau ke atas bidang psikologi di Amerika semakin meningkat dalam 20 tahun kebelankangan ini dan idea-ideanya banyak diasimilasikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan.

    Lev Vygotsky (1896 - 1934) menyatakan , "setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dua kalli iaitu pertama pada aras sosial dan kemudian pada aras individu iaitu bermula antara manusia (interpsikologi) dan kemudian dalam diri kanak-kanak (intrapsikologi) semua aras tinggi berpunca daripada berhubungan sebenar antara individu .

    Aspek kedua berkenaan teori berkembangan sosial oleh Vygotsky adalah berkenaan dengan zon perkembangan terdekat ataupun "zone of proximal development". Menurut beliau, sebenarnya terdapat dua paras atau tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah paras yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara tersendiri yang dinamakan perkembangan sebenar atau actual development dan paras yang lebih tinggi adalah paras yang dicapai oleh seseorang itu berpotensi mencapai atau potential development apanila mendapat bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan. Jarak di antara dua paras dikenali sebagai "zone of proximal development".


Piaget - Teori Perkembangan Kognitif









Jean Piaget (1886 - 1980) seorang ahli psikologi berbangsa Swiss, mengkaji selama 60 tahun bagi melihat corak pemikiran dan penaakulan kank-kanak. Latar belakang beliau dalam bidang Biologi dan falsafah banyak mempengaruhi pembentukan teori perkembangan kognitif.

4 Konsep Utama Teori Kognitif Piaget.

  • Skema -  Proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan                              mengurus.
  • Asimilasi Menambah maklumat baru ke dalam skema yang sedia ada tanpa ubahsuai
  • Akomodasi - Menyesuaikan diri, mengubah dan memahami maklumat baru mengikut                        skema.
  • Adaptasi - Menyumbang proses penyerapan dan pengubahsuai.

4 Peringkat Perkembangan Kognitif.

1. Peringkat sensori motor ( 0 hingga 2 tahun).

2. Peringkat Pra Operasi ( 2 hingga 6 tahun).

3. Peringkat Operasi Konkrit (6 hingga 12 tahun).

4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas).




No comments:

Post a Comment

Aplikasi Belajar ICT Awal Kanak-Kanak

  APLIKASI BELAJAR 1) Aplikasi ABC Kids - Aplikasi pendidikan awal yang berwarna-warni yang membantu kanak-kanak mempelajari abjad Inggeris....