Matematik Awal Kanak-Kanak

 PENGENALAN

  • Menurut Nor Azlan (1987), kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian.
  • Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit/objek yang mengandungi kuantiti & kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010
  • Bidang matematik terletak di bawah Tunjang Sains & Teknologi (Awal sains dan awal matematik)
  • Merangkumi beberapa konsep iaitu;  
  1. Pranombor - Memadan objek 1:1, membandingkan kuantiti objek, membuat seriasi mengikut satu ciri dan mengecam corak berulang dan membina pola.
  2. Nombor - Konsep nombor – memahami nombor 1-10 (menyebut, membilang dan menulis), mengetahui sifar, memahami 10-20 (menyebut, membilang dan menulis), memahami siri 20, 30, 40 dan 50.
  3. Operasi nombor yang mudah - Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10 dan memahami operasi tolak dalam lingkungan 10.
  4. Waktu - Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian.
  5. Nilai dan wang - Mengecam duit yang berlainan nilai
  6. Bentuk dan ruang - Mengetahui kedudukan objek dalam ruang (depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam, kiri, kanan).
  7. Pembinaan - Membina penghubung antara dua objek, membina lingkungan, membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti sendiri.

Objektif pendidikan matematik

  • Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan  (2003), objektifnya seperti berikut;
  1. Mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak.
  2. Memberi peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik.
  3. Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol.
  4. Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor



SERIASI

Pengenalan
- Seriasi ialah kemampuan menyusun satu-satu objek mengikut susunan berat atau panjang secara urutan.
- Susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas.
- Perbandingan adalah konsep asas seriasi : melibatkan aktiviti membandingkan iaitu lebih daripada dua objek & seterusnya menempatkan objek2 itu dalam satu urutan kecil-besar dari mula hingga akhir.
- Bertujuan untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain/konsep matematik yang lain.
- Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.

 

Seriasi
- Kanak-kanak akan diajar untuk memilih dan menyusun objek2 mengikut ciri warna.
- Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri bentuk
- Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri saiz.
- Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut kuantiti.

 

Objektif
- Memastikan kanak-kanak dapat menyusun mengikut urutan yang betul.
- Kebolehan menyusun dan membuat seriasi adalah mengikut perkembangan konservasi dan mengelas.

 

CONTOH AKTIVITI SERIASI



Menyusun botol






Menyusun kabus



Menyusun straw




Menyusun duit syiling


 

MEMBILANG

 Pengenalan

- Objektif membilang ialah untuk mengetahui 'berapa banyak' (bilangan) sesuatu kumpulan, benda, objek/kejadian.

- 2 cara membilang yang sering dilakukan oleh kanak-kanak :

    1. Membilang secara menghafal : tanpa memikirkan tentang jumlah benda yang dibilang.

    2. Membilang secara rasional : mengutamakan bilangan/nombor benda yang dibilang.


Definisi membilang

- Membilang adalah proses dimana kanak-kanak menyebut nilai nombor dengan nama.

- Kanak-kanak lebih memahami kaedah dengan menggunakan bahan konkrit @ maujud dalam pembelajaran.


Kemahiran-kemahiran 

- Kebolehan membilang bergantung kepada beberapa kemahiran iaitu :

    1. Menyatakan urutan nama nombor :satu,dua,tiga,empat .... iaitu setiap nama nombor kardinal.

    2. Memadankan nama nombor/angka dengan objek secara satu dengan satu.

    3. Mengetahui nombor terakhir disebut adalah nilai himpunan objek yang dibilang.


Membilang terus 







Membilang secara menurun





Membilang gandaan 2



 MENGENAL OBJEK

1. Memahami kemahiran fizikal,sosial dan intelektual kanak-kanak berkembang secara serentak.

2. Kanak-kanak mengenali dan menamakan objek yang dilihat atau dipegang.

3. Kanak-kanak bermain dengan alat yang pelbagai warna,saiz, bentuk dan mempelajari ciri-ciri matematik seperti mengatur, menyusun dan menyimpan alat2.

4. Menamakan objek mengikut warna, saiz,bentuk dan jenis.


WARNA

- Memperkenalkan kepada kanak-kanak pelbagai jenis warna (warna asas)

- Jenis warna dapat mempengaruhi dalam setiap pembelajaran yang berlaku.

- Warna yang lebih terang/cerah akan lebih menarik minat dan juga perhatian terhadap kanak-kanak.

warna



BENTUK

- Memperkenalkan bentuk yang berada di persekitaraan

- Kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan jenis bentuk.

bentuk-bentuk asas


SAIZ

- Mengenal jenis saiz yang ada contohnya
    : besar/kecil
    : panjang/pendek
kecil & besar



JENIS

- Konkrit vs bukan konkrit


konkrit 
bukan konkrit





MASA

 Definisi Masa

- Satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

- Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi.


Pdp mengenai masa tertumpu kepada 2 aspek iaitu:

- Konsep masa, termasuk kefahaman tentang urutan aktiviti, kejadian yang berlaku, waktu dan tempoh. 

- Cara-cara membaca waktu dan menyebut waktu seperti waktu solat.

-Kanak-kanak perlu kuasai bahasa masa dari segi matematik : contohnya, perbezaan masa, tempoh dan waktu

Masa boleh diukur dengan 2 cara:

- Tempoh masa

- Waktu ia berlaku


Cara ukur masa :

- Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir.

- Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun.





No comments:

Post a Comment

Aplikasi Belajar ICT Awal Kanak-Kanak

  APLIKASI BELAJAR 1) Aplikasi ABC Kids - Aplikasi pendidikan awal yang berwarna-warni yang membantu kanak-kanak mempelajari abjad Inggeris....