PENGENALAN
- Menurut Nor Azlan (1987), kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian.
- Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit/objek yang mengandungi kuantiti & kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010
- Bidang matematik terletak di bawah Tunjang Sains & Teknologi (Awal sains dan awal matematik)
- Merangkumi beberapa konsep iaitu;
- Pranombor - Memadan objek 1:1, membandingkan kuantiti objek, membuat seriasi mengikut satu ciri dan mengecam corak berulang dan membina pola.
- Nombor - Konsep nombor – memahami nombor 1-10 (menyebut, membilang dan menulis), mengetahui sifar, memahami 10-20 (menyebut, membilang dan menulis), memahami siri 20, 30, 40 dan 50.
- Operasi nombor yang mudah - Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10 dan memahami operasi tolak dalam lingkungan 10.
- Waktu - Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian.
- Nilai dan wang - Mengecam duit yang berlainan nilai
- Bentuk dan ruang - Mengetahui kedudukan objek dalam ruang (depan, belakang, atas, bawah, luar, dalam, kiri, kanan).
- Pembinaan - Membina penghubung antara dua objek, membina lingkungan, membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti sendiri.
Objektif pendidikan matematik
- Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), objektifnya seperti berikut;
- Mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak.
- Memberi peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik.
- Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol.
- Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor
No comments:
Post a Comment