Wednesday, December 23, 2020

SERIASI

Pengenalan
- Seriasi ialah kemampuan menyusun satu-satu objek mengikut susunan berat atau panjang secara urutan.
- Susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas.
- Perbandingan adalah konsep asas seriasi : melibatkan aktiviti membandingkan iaitu lebih daripada dua objek & seterusnya menempatkan objek2 itu dalam satu urutan kecil-besar dari mula hingga akhir.
- Bertujuan untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain/konsep matematik yang lain.
- Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.

 

Seriasi
- Kanak-kanak akan diajar untuk memilih dan menyusun objek2 mengikut ciri warna.
- Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri bentuk
- Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri saiz.
- Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut kuantiti.

 


Objektif
- Memastikan kanak-kanak dapat menyusun mengikut urutan yang betul.
- Kebolehan menyusun dan membuat seriasi adalah mengikut perkembangan konservasi dan mengelas.

 

CONTOH AKTIVITI SERIASI



Menyusun botol

Menyusun kabus




Menyusun straw
Menyusun duit syiling
   


 



 

No comments:

Post a Comment

Aplikasi Belajar ICT Awal Kanak-Kanak

  APLIKASI BELAJAR 1) Aplikasi ABC Kids - Aplikasi pendidikan awal yang berwarna-warni yang membantu kanak-kanak mempelajari abjad Inggeris....