Konsep adalah blok binaan pengetahuan. Konsep bermula dari peringkat bayi iaitu bayi melihat, menyentuh, merasa, menghidu dan mendengar. Bayi meneroka alam sekitar melalui deria mereka. Mereka berminat mengetahui sesuatu yang berhubung dengan persekitaran mereka. Kemahiran proses sains meliputi kaedah atau cara mencari penerangan yang rasional berhubung fenomena alam semula jadi. Proses sains mengikut Gagne (1937) proses sains adalah asas sains inkuiri saintifik. Keupayaan menggunakan setiap proses sains bergantung kepada kemampuan menguasai kemahiran proses sains yang lebih mudah.
CIRI-CIRI UTAMA BAGI PROSES SAINS.
- Setiap proses sains adalah tingkah laku yang dapat dipelajari dan dikuasai oleh kanak - kanak.
- Setiap proses melibatkan kemahiran intelek, spesifik dan boleh digunakan bagi memahami fenomena.
- Proses sains dan menyumbang ke arah pembangunan pemikiran rasional.
- Guru perlu sentiasa bertanya soalan berhubung objek, organisma dan fenomena dalam alam sekitar dan menggalakan kanak-kanak mencari jawapan melalui pemerhatian dan penyiasatan.
- Rancang dan laksanakan eksperimen ringkas untuk kanak-kanak lebih mudah mencari jawapan dan persoalan kanak-kanak.
- Guru boleh menggunakan alat-alat dan radas yang mudah bagi mengumpul data dan memanfaatkan sepenuhnya lima deria tersebut.
Kemahiran-kemahiran yang disenaraikan dalam aspek perkembangan kognitif kokurikulum prasekolah yang relevan.
Kemahiran proses sains; -
1. Memerhati.
2. Mengelas.
3. Membilang.
4. Membuat inferens.
5. Ramalan.
6. Komunikasi
3. Membilang.
4. Membuat inferens.
5. Ramalan.
6. Komunikasi
Kemahiran proses sains dapat dikembangkan melalui pelbagai aktiviti antaranya ialah;
- Permainan air.
- Permainan pasir.
- Aktiviti yang melibatkan bahan-bahan sentuhan.
- Aktiviti pendengran.
- Manik-manik yang berwarna.
- Aktiviti rasa.
- Aktiviti bau.
No comments:
Post a Comment