- membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak
- memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat
- membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penaakulan
- membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni
- Proses Pendidikan Awal Sains kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi. Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman konflik.
- Menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak (Harlan,1992). Sains melibatkan pelbagai proses
- Mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan merekod disamping meningkatkan kosa kata
- Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelas
- Mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi di mana proses sains dapat mengalakkan interaksi, bekerja dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri. Contohnya, semasa membuat eksperimen
- Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronokkan