Monday, November 23, 2020

ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 





PENDEKATAN PENGAJARAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Membantu proses p&p
  • Memperoleh maklumat
  • Berinteraksi dengan bahan bagi pembelajaran sendiri mahupun sesama rakan sebaya 
  • Memperkayakan pengalaman pembelajaran
  • komputer adalah bahan bantu mengajar yang boleh dipelbagaikan penggunaannya

PENGGUNAAN KOMPUTER DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

  • Kanak-kanak boleh didedahkan kepada komputer dari kecil lagi
  • Terdapat bukti penyelidikan yang menunjukkan kanak-kanak berumur dua tahun boleh mula didedahkan kepada komputer (Rohani, Sin, Cheah & Rosazizi, 2003; Webb dan Rowe, 1995)
  • Menurut Dodge dan Colker (1998), penggunaan komputer di kalangan kanak-kanak berkembang dalam mengikut peringkat: 
  1. Permainan berfungsi
  2. Permainan sebab musabab
  3. Permainan berperaturan

PERMAINAN BERFUNGSI

  • Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan banyak bantuan orang dewasa ketika menggunakan komputer
  • Kanak-kanak meneroka, menguji dan mengenal ciri-ciri yang terdapat pada komputer 
  • Ketika berdepan dengan komputer, mereka akan tertarik dengan apa yang berlaku apabila mereka membuat sesuatu pada komputer
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh diajar berkenaan; bahagian komputer serta cara menggunakan komputer. Selain itu, mereka hendaklah diajar cara menggunakan komputer dengan betul dan selamat. Mereka boleh diajar ;
  1. Bersabar menunggu ketika membuka komputer, sehingga komputer sedia untuk digunakan
  2. Cara memegang disket ataupun CD
  3. Cara menyimpan disket ataupun CD supaya tidak rosak

PERMAINAN SEBAB MUSABAB

  • Pada peringkat permainan sebab-musabab, kanak-kanak semakin kreatif dan banyak berfikir ketika menggunakan komputer. 
  • Misalnya, apabila mereka hidupkan komputer, komputer akan mula dengan mengeluarkan pelbagai bunyi dan lampu, apabila mereka tekan papan kekunci komputer ataupun klik tetikus, sesuatu akan terpapar di skrin monitor.
  •  Pada peringkat ini, mereka boleh didedahkan kepada perisian yang dapat membantu mereka mengoperasi program.

PERMAINAN BERPERATURAN 

  • Pada peringkat permainan berperaturan, kanak-kanak sudah mahir mengawal fungsi bahagian komputer. 
  • Mereka juga dapat mengikut arahan, bertindak balas dan menyesuaikan penggunaan komputer mengikut keperluan perisian. 
  • Pada peringkat ini, mereka dapat menggunakan komputer sebagai alat permainan ataupun sumber maklumat. 


      No comments:

      Post a Comment

      Aplikasi Belajar ICT Awal Kanak-Kanak

        APLIKASI BELAJAR 1) Aplikasi ABC Kids - Aplikasi pendidikan awal yang berwarna-warni yang membantu kanak-kanak mempelajari abjad Inggeris....