Monday, November 30, 2020

PENGENALAN SAINS AWAL KANAK-KANAK

Pengertian Sains

Mengikut Abrusco (1982), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semulajadi. Sains juga merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. 

    Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat mengalakkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat inferens. Dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa, kanak-kanak mampu memahami dan menggunakan taakulan saintifik yang merangkumi perancangan, membuat ramalan, memerhati dan menyediakan laporan.

Tujuan Pendidikan Sains
  • membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak
  • memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat 
  • membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penaakulan
  • membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni


Kepentingan Pendidikan Awal Sains Kanak-kanak
  • Proses Pendidikan Awal Sains kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi. Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman konflik.
  • Menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak (Harlan,1992). Sains melibatkan pelbagai proses
  • Mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan merekod disamping meningkatkan kosa kata
  • Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelas
  • Mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi di mana proses sains dapat mengalakkan interaksi, bekerja dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri. Contohnya, semasa membuat eksperimen
  • Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronokkan


No comments:

Post a Comment

Aplikasi Belajar ICT Awal Kanak-Kanak

  APLIKASI BELAJAR 1) Aplikasi ABC Kids - Aplikasi pendidikan awal yang berwarna-warni yang membantu kanak-kanak mempelajari abjad Inggeris....