Teori-teori Pembelajaran.
Fahaman Kontruktivis.
Pengetahuan tidak dapat dipindahkan ke dalam minda kanak-kanak secara total tetapi dapat kanak-kanak membina makna daripada perkataan ataupun imej visual yang kanak-kanak lihat ataupun dengar. Pembelajaran ini juga sangat bergantung pada perkaitan yang sedia ada ataupun pengalaman yang lepas.
Teori- teori Pembelajaran Kontruktivis.
Vygotsky - Teori Perkembangan Sosial.
Lev Vygotsky (1896 - 1934) adalah seorang ahli psikologi berbangsa Rusia dan bidang beliay adalah dalam kesusasteraan dan bahasa. Idea-idea beliau terutama sekali berkenaan pembelajaran dalam konteks sosial lewat diterima oleh ahli-ahli psikologi Barat kerana karyanya dalam bahasa Rusia menghadapi masalah alih bahasa. Oleh itu, teori ini tidak dapat disebarkan lebih awal lagi. Selain itu, pengaruh beliau ke atas bidang psikologi di Amerika semakin meningkat dalam 20 tahun kebelankangan ini dan idea-ideanya banyak diasimilasikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan.
Lev Vygotsky (1896 - 1934) menyatakan , "setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dua kalli iaitu pertama pada aras sosial dan kemudian pada aras individu iaitu bermula antara manusia (interpsikologi) dan kemudian dalam diri kanak-kanak (intrapsikologi) semua aras tinggi berpunca daripada berhubungan sebenar antara individu .
Aspek kedua berkenaan teori berkembangan sosial oleh Vygotsky adalah berkenaan dengan zon perkembangan terdekat ataupun "zone of proximal development". Menurut beliau, sebenarnya terdapat dua paras atau tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah paras yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara tersendiri yang dinamakan perkembangan sebenar atau actual development dan paras yang lebih tinggi adalah paras yang dicapai oleh seseorang itu berpotensi mencapai atau potential development apanila mendapat bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan. Jarak di antara dua paras dikenali sebagai "zone of proximal development".
Piaget - Teori Perkembangan Kognitif.
Jean Piaget (1886 - 1980) seorang ahli psikologi berbangsa Swiss, mengkaji selama 60 tahun bagi melihat corak pemikiran dan penaakulan kank-kanak. Latar belakang beliau dalam bidang Biologi dan falsafah banyak mempengaruhi pembentukan teori perkembangan kognitif.
4 Konsep Utama Teori Kognitif Piaget.
- Skema - Proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus.
- Asimilasi - Menambah maklumat baru ke dalam skema yang sedia ada tanpa ubahsuai
- Akomodasi - Menyesuaikan diri, mengubah dan memahami maklumat baru mengikut skema.
- Adaptasi - Menyumbang proses penyerapan dan pengubahsuai.
4 Peringkat Perkembangan Kognitif.
1. Peringkat sensori motor ( 0 hingga 2 tahun).
2. Peringkat Pra Operasi ( 2 hingga 6 tahun).
3. Peringkat Operasi Konkrit (6 hingga 12 tahun).
4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas).